Expressi, Fhotografi, Jurnal

Syaiton Hitam Kurus

Superheadz Ultra Wide & Silm

Akhirnya, aku terima bungkusan dari Abang Posmen PosLaju sebelum bergerak ke masjid untuk solat jumaat. Memang aku dah syak bungkusan itu tak lain tak bukan adalah kamera lomo jenis Ultra Wide & Slim (UWS) dari Superheadz yang aku tempah. Setelah puas meramas-ramas kamera lomo aku, aku pun sambung hajat nak ke masjid.

Memang dah lama aku intai-intai peluang nak berlomo, cuma tak tahu jenis kamera lomo mana perlu aku beli. Aku beli UWS pun sebab lensa 22mm, agak luas. Walaupun kamera lomo pakai filem, tapi aku tak kisah sebab pakai filem bermakna lagi mencabar. Kalau kamera digital, boleh buang gambar yang tak mahu, tapi kalau filem, sekali dah tangkap, sampai bila-bila ada.

Dari dulu aku nak pakai kamera filem. Dulu ayah aku ada kamera filem Canon, tapi lupa dah model dia. Lagi pun, ayah aku dah campak buang. Kali terakhir aku berlagak pakai Canon tersebut semasa umur 5 tahun. Sebenarnya aku hanya berlagak pakai tapi tak ada filem dalam kamera.

Memandangkan aku akan ke Pulau Langkawi ahad malam ini, aku nak melepaskan gian berfoto. Hampir sebulan lebih aku tak sentuh DSLR. Tak kena matahari langsung DSLR aku. Terperuk dalam stor sana.

Ok’lah, nak pergi kedai sebelah Petronas, nak beli filem. Nanti boleh prektis.

Err, lagi gambar Syaiton Hitam Kurus

some posts that may be related

12 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash