Fhotografi, Jurnal

Tanah Tinggi Cameron

Strawberi

Camera: Canon EOS 350D / Digital Rebel XT
Exposure: 0.002 sec (1/500)
Aperture: f/5.6
Focal Length: 250 mm

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. – Sumber, Wikipedia.

Kali pertama aku pergi kalau tidak silap ketika aku ber’umur empat (1994) atau lima(1995) tahun. Ketika itu, kalau bercakap nescaya akan keluar wap dari mulut. Sekarang tidak lagi. Dan aktiviti di sana seperti biasa, melawat ladang strawberi, borong sayur, buah dan teh. Aktiviti fotografi di sana boleh tahan. Aku terpaksa guna lensa Canon EF-S 55-250mm IS aku sepanjang masa di sana kerana lensa kit Canon 18-55mm aku ada masalah kalau guna pada Canon 350D aku. Kempunan aku untuk melempiaskan hajat untuk mengambil panorama ladang teh (ini panorama wajib dan klise di sana).

Lagi foto di Flickr : Cameron Highlands Day 1. Akan ada foto yang timbul noise, sebab aku ter’boost ISO 800 sebab aku terlupa nak tukar semula ISO 100. Di sana, hampir 70% aku shoot bunga, maklum’lah pertama kali aku shoot bunga dan banyak bunga di Tanah Tinggi Cameron. Membuatkan aku terus aku masukkan lensa makro sebagai wishlist hidup. Duniawi sungguh.

p/s: Aku ada satu penyakit, penyakit typo. Sila komen jika ada perkataan yang aku tersalah eja.

some posts that may be related

10 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash