Pages

Tentang

Fahmishah atau nama sebenar Mohammad Fahmi Bin Mohd Shah, pemilik penuh blog ini. Seorang yang punya minat dalam world wide web, komputer, penulisan kreatif dan fotografi. Seorang yang prihatin terhadap kehidupan sekitar. Seorang yang suka berdebat tentang isu tak berfaedah bersama rakan di kolej.

Mula menceburi dalam industri blog Malaysia sekitar tahun 2005 dengan menggunakan perkhidmatan dari Blogspot. Setelah punya dana yang mencukupi, kini terus mempunyai hosting sendiri dan domain sendiri. Berblog untuk rekod kehidupan, respon isu semasa, fotografi dan kisah silam.

Pernah menjadi problogger yang merupakan seorang pembuat duit online atau istilah PPSMI, online money maker. Pernah memiliki blog berbahasa inggeris, sebuah laman web direktori, laman web ulasan berbayar yang bertapak di reviewformoney.com. Berhenti membuat duit secara online kerana menceburi bidang yang baru yang lebih artistik.

Kini, merupakan pelajar tahun kedua yang sedang mengikuti pengajian di salah sebuah IPTS di Kuala Lumpur dengan mengambil jurusan Komputer Sistem, Pengurusan dan Operasi (CSOM) peringkat Diploma yang berkolaborasi dengan Thompson Rivers University (TRU), Kanada.

Blog ini dikuasakan dengan WordPress versi 3.0+ dan menggunakan tema IAMWW w2 DnD. Hosting berbayar dari DataKL. Domain berbayar dari 1Oasis.

Rujuk : Wikipedia

Fahmishah - View my most interesting photos on Flickriver