Kategori : Aku
Aku harap Dr. Emmett Brown (Back to the Future) dapat ciptakan aku satu mesin masa.Paling ‘koman’ pun dapat pinjamkan aku kereta Delorean beliau.Aku perlu kembali ke minggu lepas.Aku perlu kembali di mana aku menjadi lebih berhati-hati agar 350D tidak terjatuh.Bullshit untuk diri aku.Sebut sebanyak 50 kali.
350D aku sudah tidak macho.Kecuaian diri aku memang tak boleh dimaafkan oleh diri aku sendiri.Ada ‘black spot’ pada prisma di ‘viewfinder’.Bullshit untuk diri aku sendiri.Lampu merah pada fokus menjadi pudar.Aku mahu pergi ke Canon EOS Pro Centre.Gelakkan untuk diri aku.Ambil pengajaran apa yang terjadi pada aku.Jangan sesekali lakukan perkara ‘daredevil’ seperti aku.Aku insaf.
p/s: Harap-harap ini bukan petanda aku akan upgrade ke Nikon D300 atau pun ke Canon EOS 5D.




apa pun jadi, jgn jadi lagi sorang melompat ke kapal Nikon.. Nikon x best.. hah a
*sian Canon ko.. angkat baru la.. 450D body baru 2k++*
350D nak lompat ke 450D? tak berbaloi aku rasa.
Lebih baik aku pakai 350D sampai jahanam sementara tunggu 5D atau model single-D seterusnya atau pun tunggu 40D atau double-D seterusnya
aku simpati apa yg berlaku pd 350d ko tu..berhati2 la lain kali…
Er.. walaupun aku tidak mengerti dengan apa-apa tentang kamera mu ini namun aku ucapkan selamat berhati2..
apa da aku bebel
syukurlah sekurang2nya, 350D kau masih ada, cuma perlu dirawat segera. jika aku boleh putar masa, aku takkan tinggalkan kamera aku di dalam kereta tempoh hari…
jumpa di jgtc nnt
heh, itu tanda ko kena upgrade ke 5D atau pun terus 1Ds Mark III yang 21 megapiksel.
jumpe di jgtc?