


27 Disember lalu, tiga kereta mula menaiki kaki Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Perjalanan agak lancar dan kereta dipandu dengan berhati-hati. Kereta paling depan dipandu ayah aku, kereta tengah dipandu sepupu aku dan kereta terakhir dipandu abang ipar aku. Aku menaiki kereta paling belakang bersama abang ipar aku.
Sampai di Kampung Raja, kami berhenti untuk membeli bekalan untuk di Cameron Highlands nanti. Selepas itu meneruskan perjalanan seperti biasa. Sampai satu selekoh, di hadapan aku ternampak kereta Proton Waja berwarna putih yang telah remuk bahagian depan. Kereta Honda Accord dipandu ayah aku telah remuk bahagian depan sebelah kanan. Kejadian berlaku sekelip mata. Aku tak nampak kejadian berlaku kerana pandangan aku dihalang oleh kereta hadapan (kereta sepupu).
Aku tak fikir panjang, aku terus ke kereta Honda Accord untuk menyelamatkan insan tersayang. Abang ipar aku keluarkan ayah aku yang tangan dia tak mahu melepaskan stereng kereta. Terkejut mungkin. Emak aku sempat selamatkan diri sendiri. Aku menyelamatkan atuk aku yang dah terbaring pada bahagian letak kaki di kereta. Atuk aku ketika itu sangat lemah dan tak mampu bangun sendiri. Keadaan agak cemas kerana bau hangit dan minyak tumpah di jalanraya. Aku takut kalau-kalau meletup.
Selesai menyelamatkan semua orang, abang ipar aku terus melepaskan geram dengan menyepak pintu kereta belakang belah kiri Proton Waja sehingga kemik. Tamat.
Kereta Proton Waja putih terbabit dinaiki 5 orang dan saksi (emak, ayah, maklong, sepupu) memberitahu yang kereta itu dipandu sangat laju ketika menuruni bukit sehingga terpaksa makan jalan ketika di selekoh dan menghentam kereta Honda Accord dipandu ayah aku. Tiada masa untuk mengelak kerana kereta itu dipandu laju. Sangat laju.
Menurut info, pemandu itu cuba untuk mengelak kenderaan lain. Ini alasan yang bullsh*t. Menurut saksi, tiada kenderaan lain ketika itu di situ. Pemandu itu memberi alasan brek tidak berfungsi dengan baik. Ini juga alasan bullsh*t kerana jika sudah tahu brek tidak berfungsi atau tidak makan, perlu’kah membawa kereta sebegitu laju sehingga terpaksa mencederakan kawan pemandu sehingga patah tulang rusuk ? Keadaan jalanraya yang licin pun nak pandu laju?
Menurut info lagi, seorang rakan kepada pemandu kereta Proton Waja berwarna putih mengaku yang si pemandu membawa kereta dengan laju. Aku rasa pemandu ini tak tahu rukun-rukun ber’konvoi. Bukan saja menyusahkan orang, tetapi mencederakan rakan sendiri. Sangat kasihan kawan pemandu itu.
Ada seorang rakan kepada pemandu suruh kami bertenang. Kepala minda dia nak suruh kami bertenang, ayah, emak dan atuk aku berada dalam kereta. Ini soal nyawa. Yang cedera itu kawan dia. Bukan orang yang dia sayang. Aku percaya kalau ayah, emak, atuk dia yang terlibat, mungkin dia akan bertindak seperti aku dan abang ipar aku.
Sudah’lah menghentam kereta orang, minta maaf pun tidak.
Persoalan, apa akan terjadi kalau;
Ayah aku ter’cepat se’saat? Kereta itu akan menghentam pintu sebelah pemandu dan mungkin mengorbankan ayah aku.
Ayah aku berjaya mengelak? Kereta itu akan menghentam kereta sepupu aku.
Ayah aku dan sepupu aku berjaya mengelak? Kereta itu akan menghentam kereta abang ipar aku.
Tiada kereta di situ? Nescaya kereta Proton Waja terjunam dari tebing. Mungkin ada yang terkorban.
Kepada yang membaca, sila’lah berhati-hati di jalanraya. Jangan menyusahkan orang dan rakan anda. Sila pakai tali pinggang keledar kerana AirBag System hanya akan berfungsi jika tali pinggang keledar dipasang. Sila minta maaf kepada orang yang anda langgar.
Syukur kepada Allah.
Baca lagi di blog abang ipar aku, Soalan untuk mengubah nasib…. dan foto di Flickr.
The accident looks really bad. I’m sure everyone in the car was really shaken up by the incident. Sometimes I just don’t get it why drivers speed (more like showing off their skills) when you know there are other people in the car. Kecik2 tanak mati. Haihh.
ko patut kuar ilmu2 Bruce Lee ko
patah kan kaki mamat 2 biar dia x yah bwk keta la
nyusahkan kan org lain ja
as long u all safe its ok
tp kasi terajang itu babun
*WACHAA
Reckless Driver is everywhere…berhati2 tidak cukup untuk keselamatan diri.
Bersedia dan Berwaspada lah….
Jangan lah menggunakan alasan yg bulls**t untuk melepaskan diri. Mengaku dan pohon kemaafan.
driving ni camni ler..kalau kita tak langgar org, org langgar kita. yang penting sentiasa berhati2 & berhemah di jalan raya.
& jgn jadi kurang ajar di jalanraya pulak.
[...] Tahun 2009 juga merupakan tahun malang untuk keluarga aku. Bulan Disember ini saja, terdapat dua kejadian malan berlaku ke atas keluarga aku. Pertama, rumah keluarga aku di Pandan Indah dipecah. Kerugian mencecah RM120,000.00. Kedua, pada 27 Disember pula kereta Honda Accord ayah aku dihentam oleh kereta Proton Waja yang melulu laju dari arah bertentangan. Boleh rujuk entri Tragedi 27 Disember 2009. [...]