Blogging, Expressi

Untuk Team Nuffnang

Semalam ada satu isu yang agak kecoh di Twitter dan blog-blog tempatan. Isu Team Nuffnang. Mukadimah’nya, Team Nuffnang merupakan kelompok blogger yang mempunyai hasrat yang satu iaitu menjana pendapatan dari Nuffnang. Modus operadi agak mudah. Setiap ahli perlu klik iklan Nuffnang yang terpapar di blog-blog ahli. Ahli Team Nuffnang boleh dikesan dengan meletakkan banner Team Nuffnang di blog. Operasi yang mudah tetapi belum tentu berkesan.

Ada blogger seperti Megat, Topotato dan Khai yang mengkritik kelompok Team Nuffnang. Dasar’nya mudah, mereka bertiga ini menolak kewujudan kelompok Team Nuffnang. Aku pun begitu. Sebagai bekas online money maker, sekeras-keras’nya aku menolak. Biar’lah kelompok itu kata kita dengki dengan usaha mereka, tak mahu melihat melayu berjaya buat duit. Tapi kalau benda sudah tidak betul dan salah, takkan kita mahu biarkan? Tak begitu?

Semalam sempat aku menjenguk blog Team Nuffnang, tapi malam semalam aku cuba untuk akses, nyata blog itu sudah tiada. Mungkin tidak tahan menerima kritikan blogger-blogger yang merasakan perbuatan mereka salah. Kalau Team Nuffnang merasakan perbuatan mereka betul, kenapa perlu tutup blog Team Nuffnang? Ternyata Team Nuffnang memang salah.

Mengikut pengalaman aku sebagai pembuat duit atau online money maker, memang tidak ada jalan yang mudah untuk buat duit online. Aku terpaksa melatih diri untuk blog dalam Bahasa Inggeris untuk menjana pendapatan. Terpaksa menjenguk blog-blog rakan untuk tinggalkan komen untuk tingkatkan trafik dan Pagerank blog aku. Ketika itu aku membuat duit melalui Google Adsense dan membuat ulasan berbayar. Agak sukar cara aku ketika itu jika dibandingkan dengan klik iklan di blog ahli Team Nuffnang dengan balasan ahli lain akan klik iklan untuk dia.

Bandingkan usaha aku dengan usaha kamu yang menjadi ahli Team Nuffnang. Kamu luangkan masa tak sampai 10 minit aku rasa untuk melawat semua blog ahli dan klik setiap iklan Nuffnang yang muncul. Aku pula luangkan masa hampir 5 bulan untuk fasihkan diri aku dengan bahasa inggeris semata-mata untuk Google Adsense dan ulasan berbayar. Sila bandingkan dan sila jawab sendiri sama ada hasil yang kamu semua dapat (baca: ahli Team Nuffnang) berkat atau tidak, setimpal atau tidak dengan usaha kamu semua.

Aku yakin usaha yang keras, nikmat dia lebih besar berbanding usaha yang macam tahi. Sekadar kritikan dan komentar dari bekas pembuat duit online.

p/s: Kalau aku masih online money maker sekarang, aku yakin aku sudah boleh beli MacBook Pro dan Canon EF 70-200mm F2.8L IS USM.

some posts that may be related

15 Comments

speak up

Add your comment below, or trackback from your own site.

Subscribe to these comments.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*Required Fields

Powered by WP Hashcash