iklan malaysia ber'VARIASI

Tan Sri Dr Khoo Kay Kim : “Saya tidak nampak cara lain lagi untuk membuatkan mereka bersemangat, ini kerana mereka bersifat materialistik,” katanya kepada Malaysiakini
Sekali lagi kerajaan (KERAJAAN UMNO-BN*) Malaysia akan memberi habuan RM1,000,000.00 (satu juta ringgit malaysia) yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik nanti.Aku akan katakan ini merupakan satu tindakan bodoh membazir kerajaan.Mungkin.
Timbalan Perdana Menteri kita, Najib juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.Wow! Balik Malaysia terus jadi kaya.Boleh beli kereta, boleh tengok wayang, boleh pakai lebih banyak dadah.Wow!
Nampaknya kerajaan sudah tahu yang atlet Malaysia hanya mementingkan habuan RM 1 juta berbanding kesungguhnya mengharumkan nama negara.Kerajaan Malaysia sekarang berjaya menubuhkan satu skim cepat kaya yang baru.Satu skim maha besar dalam sejarah aku rasa.Syabas Kerajaan Malaysia.Maju selangkah memberi ganjaran kepada atlet Malaysia yang cintakan harta dari negara walhal rakyat yang miskin dari dulu menunggu bantuan dari kerajaan.Tah Neh Ah!
Aku rasa, ini mungkin konspirasi yang dijalankan oleh kerajaan sekarang untuk membuang semua duit-duit rasuah yang yang tak terkira banyaknya sebelum di soal siasat oleh Badan Pencegah Rahsuah *walaupun mereka semestinya selamat dari kes rasuah.Mungkin juga ini merupakan satu langkah baru kerajaan untuk menghabiskan semua wang rakyat kerana mereka tahu kerajaan Pakatan Rakyat yang baru akan mengambil alih dan mereka mahu kerajaan Pakatan Rakyat mengumpul semula duit.Mungkin.
Berapa emas kamu semua jangka’kan yang Malaysia akan dapat pada Sukan Olimpik nanti?Aku bukan pandang rendah pada atlet Malaysia, tapi jangan terlalu manja’kan mereka dengan wang ringgit.
Komentar
sekarang rakyat Malaysia boleh buat plan hidup paling simple..
1. Praktis sampai perfect nak mampus. Badminton la paling cikai pun.
2. Menang emas kat Olimpik. Dapat satu juta.
3. Beli tanah. Buat rumah. Balance masuk bank.
4. Stay dengan makan duit faedah bank sampai pencen.
5. RM5,000 sebulan lepas pencen. Tak payah kerja!
Lepas ni org boleh tinggalkan penulisan blog utk duit kepada kita2 ni. Ha ha!
Aku rase berbaloi die bagi sejuta. Kau tgk saje pemain bola europe, gaji 120,000 pound SEMINGGU. Mungkin sebab mereka bertaraf dunia dan byk tarikan sponsor. Pemenang olympic pon tidak kurang popularnye. Muke dorg tu bole jual.
Byk risiko jadi atlit ni, byk jugak mende kene sacrifice. Keluarge terabai, gaji ciput, training pagi dgn malam, pressure lagi, injury lagi, mentua bini, makan kene jage. Bukan bersifat materialistik, tp realistik. Kate la die injured seumur hidop, dah kategori cacat dah tu. Kan susah nak cari rezeki.
Kite orang2 biase memang la rase membazir, tp setakat sejuta, Najib bole kuar dr pocket die sendiri.
ps: Bukan niat buruk, tp aku rase Malaysia sukar utk menang emas.
i’m actually supporting this. it’s about time malaysian athletes get the treatment they deserve.
bazir….
ermmm..i tak sokong apa yang depa ni buat coz membazir
tindakan yang bijak ke nie? 1 juta tuh… untung jadi atlet…
biasanya diorg mng sbb nk dpt imbuhan. dh dpt imbuhan, lepas tu prestasi cam gampang. poorah… buang duit je. dari bagi diorang, baik tolong budak2 yang nak masuk U tapi keluarga tak mampu nak byr. sejuta tu boleh tolong 25 orang utk tamatkan pengajian dalam ijazah di IPTA.
1juta..banyak tuh..hanya utk atlit sahaja?heh..berapa ramai inventor malaysia yang berjaya harumkan nama negara kat luar sana dapat imbuhan sebanyak tuh.Bila diorng menang award dari negara luar,tiada imbuhan sebanyak 1juta pon utk diorang…
Pada aku sekarang bukan waktu sesuai untuk membagi duit 1 juta pada individu…
Sekarang ni memang tidak sesuai…
Lagipun dari mana datangnya duit tu??? Kalau dari sponsor takpe tapi kalau duit rakyat.. susah nak cakap woo
Lepas ni nampak gayanyer semua orang bergiat dalam bidang sukan.
Dah makin cepat kerajaan habis duit.
Kalau 80% dari badan korporat dan 20% dari kerajaan aku rasa boleh lagi mungkin.tapi kalau 100% duit kerajaan, aku tak boleh terima.Duit bukan untuk meningkatkan nama malaysia semata-mata, lagi penting kepada rakyat
Aku setuju, lepas dapat nama terus hancur!
After they got RM1 million, then what ?
Atlet eropah bertaraf antarabangsa memang tak perlu lagi aku ceritakan, mereka memang betul-betul pro.Atlet malaysia ni, masih baru nak mencipta nama.Takkan pekerja baru boleh lawan gaji pekerja berpengalaman.
Aku rasa, dari beri atlet, lagi bagus bagi tentera semasa perang dunia kedua.mereka lagi berbakti dari atlet.
aku tak kesah. Dape nak cakap. Kenela bagi kan? Takkan nak tarik balik. Masalah masa tepat atau tak. Bila lagi kan? Takkan nak umum lepas olimpik plak..
Bagi aku berbaloi. Tapi dari sudut lain. Memang susah nk dapat pingat. Bukan negara kita je. Negara asia lain pun susah apa nk dapat pingat. Apatah lagi emas.
Alah..biar je depa habis duit. Kita berbuih cakap pun, bukan depa dengar pun. lagi 4 tahun. Pepandaila undi nanti..
xde maknanya sume ni.bersukan kerana duit..bukan kerana semangat kesukanan dan negara..Hampeh
apelg…satu Malaysia training jadi atlet la..lupekan yg lain…haha!!.aku dgr iklan atlet Malaysia tok Olimpik ni pun trus naik menyampah psl bnda 1 juta ni je.1 juta pastu cedera claim insurans, dpt 1 juta lg..idea bangang..
Lagi mulia aku rasa RM1 itu diagih2kan untuk mangsa palestin.
Mewah kehidupan sekarang di Malaysia.






