Kategori : Al Kisah

Ketika aku berjalan-jalan di Hall 3 sementara kakak-kakak aku layan acara di Stage 3, aku berjalan seorang diri melayan diri aku yang tak sukakan kekecohan.Sasaran aku pada kali ini ialah tempat di mana berlansungnya acara Traffic Jam Blogger Party yang dihoskan oleh Nuffnang.
Terdapat sebanyak 100 (seratus) buah komputer yang memaparkan 100 blog.Satu blog satu komputer dan begitulah kaedahnya.Sedang aku meneliti satu-satu blog yang ada.Dalam kepala otak aku, aku fikir mesti tempat ini penuh dengan blogger dengan masing-masin sibuk mempromosikan blog sendiri.Aku layan seorang diri.
Aku sampai ke komputer di hujung sudut 90 darjah.Aku teliti seimbas lalu.Kemudian aku ternampak satu blog yang aku rasa macam aku tahu.Macam aku rasa itu aku punya.Aku tarik nafas dan dalam kepala otak aku memang aku dah fikir itu aku punya blog.WOW!Walaupun aku tidak memberi jawapan untuk menyertai acara ini tetapi blog aku tetap di’featured’kan.Satu pencapaian yang hebat dalam arena blog aku buat masa ini.Thanks Youth’08 and Nuffnang.I am really appreciate it.
Setelah aku mengambil beberapa syot gambar, aku beredar ke computer lain kalau-kalau terjumpa blog yang aku pernah lawat.Beberapa minit, aku terjumpa blog AzharAhmad dan sempat menghabiskan entri terbaru AzharAhmad cuma tidak berkesempatan untuk meninggalkan sebarang komen.
Blog lain-lain memang aku tidak pernah jumpa melainkan aku sendiri terlupa.Aku sendiri layan satu-satu blog agar dalam ilham untuk tulis entri yang baru.Tak salahkan.Telefon berdering, kakak aku suruh datang ke tempat graffiti.Jalan-jalan.
Fakta menarik hari ini : Hannah Tan lalu belakang aku dua kali.Kalau’lah aku saja-saja berundur mesti dia kata sesuatu.WOW!




Waaaa, aku tak sempat pegi ke sana… Waaaa. Ingat derang tak sediakan waaa……
hehe.. bro azhar sedang menagis tu
rilex bro, pasni kena alert lbh sikit kot 
kweng..kweng mesti happy gile ni
tahniahlah, walopun x menang..
tak dapat pegi gara2 awek punye pasal..
wah! tahniah bro.. itu untungnya berblog dalam english.. tapi x kan takde langsung blog melayu dipromo.. oh lupa, kita berada di negara penjajah rupanya.. LOL ~
dan aku rasa blog yang difeturekan di situ mesti blog yang menyokong nuffnang sepenuh hati.. untuk pro advertlets macam mael ngan aku, kim salam je la.. hahaha
oh ya.. lupa nak kasitahu.. aku x pat pegi sbb aku ade kelas hari jumaat jam 2 petang.. ingatkan nak gak nengok best sangat ke.. n mana tahu dapat ganjaran ganti rugi dek kerana mereka menyepam email aku dan paling penting, aku takde transport… apesal ko x ajak aku? hehe
aju terjumpa gak Tebaboom punya… try cari lain yg aku biasa masuk mcm Amanz, WangCyber tapi tak jumpa pulak…
tahniah ler…kita memang tak join tapi still tak ditayangkan..almaklum ler blog baru
Err, takkan ada diskriminasi antara blog melayu dgn blog omputih kot, tapi tak tau la skrg ni kan?
Mungkin nuffnang cuma amik yg pure nuffnang je rasanya
aku lihat ada saja blog bahasa melayu
wizurai, wangcyber bukan bloglah
Hoho..blog aku mesti ko tak nampak kan? Hehe. Tak dapat datang. Ada tugas 3 hari berturut tu. Appointment hospital plak tunda bulan dua. Hampeh tul..
walaupun orang takda tapi blog ada kira wokey lah tu